Pakaian tradisional Melayu terawal adalah ringkas, wanitanya mengenakan sarung yang menutup bahagian bawah tubuh hingga ke dada sementara lelakinya mengenakan baju ringkas, samada berlengan atau tidak, dengan seluar pendek hingga ke paras lutut. Bagaimanapun, apabila perdagangan dengan dunia luar berkembang maju, cara berpakaian orang Melayu mula mendapat pengaruh luar dan berubah menjadi lebih sofistikated. Abad ke-15 adalah kemuncak zaman kesultanan Melayu Melaka yang Islam adalah agama rasminya. Pada ketika inilah pakaian tradisional Baju Melayu dicipta. Pengaruh Islam yang kuat telah mengubah cara berpakaian orang Melayu kepada ciri-ciri yang bersesuaian dengan agama Islam.
BUSANA
BUSANA LELAKI
Baju Melayu Cekak Musang Padanan Seluar Pak Sekarap

Baju Melayu Cekak Musang Padanan Seluar Pak Sekarap

BUSANA PEREMPUAN
Baju Kurung Riau Pahang
Baju Kurung ini lehernya teluk belanga, dan bercorak tapak catur.

Baju Riau Pahang
Potongan baju ini begitu unik dan istimewa. Berbeza dengan pesak Baju Kurung, kedua-dua bahagian tepi baju berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Sesuai dipadankan dengan kain selisih. Namun ada juga yang memadankannya dengan kain susun di tepi.Pada zaman dahulu, baju yang berbutang tujuh atau sembilan hanya untuk golongan kerabat.
