PEMBESAR NEGERI PAHANG
1. ORANG BESAR BEREMPAT
Mengikut tradisi Orang Besar Berempat adalah dilantik dari keluarga atau puak tertentu yang turun temurun. Bagi orang-orang besar lain ada yang dipilih dari kalangan keluarga tertentu dan ada yang tidak. Walau bagaimanapun kuasa ini terletak kepada Raja Pemerintah. Perkembangan sistem pembesar pahang mempunyai sejarahnya sendiri yang berlainan dengan gelaran-gelaran yang terdapat dalam kalangan pembesar Melaka atau Johor-Riau. Ini adalah kerana semasa Sultan Abdul Ghafur lagi penghijrahan orang-orang dari kepulauan Melayu telah berlaku terutama dari Sumatera.
Di Pahang, pembesar-pembesar dalam kerajaan negeri Pahang moden dipanggil Orang-Orang Besar Berempat yang terdiri daripada:-
- Orang Kaya Indera Pahlawan (OKIP)
- Orang Kaya Indera Perba Jelai (OKIPJ) ( dahulunya Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai )
- Orang Kaya Indera Segara (OKIS)
- Orang Kaya Indera Shah Bandar (OKISB)
Isteri bergelar Yang Berbahagia Tok Puan Indera
Orang Besar Berempat diberikan kawasan untuk ditadbir. Misalnya bagi Orang Kaya Indera Pahlawan menguasai Kuala Luit hingga ke Bera; Orang Kaya Indera Perba Jelai berkuasa dan mentadbir di Ulu Jelai, Orang Kaya Indera Segara menguasai Temerloh (di kawasan sebelah hilir Sungai Jelai) manakala Orang Kaya Indera Shah Bandar menjaga kawasan Bebar hingga ke Luit.
Jika diamati, Orang Besar Berempat ini diagihkan tugas mengikut kawasan dan selari dengan persekitaran bentuk muka bumi. Orang Kaya Indera Perba Jelai pentadbirannya di kawasan pergunungan, sebelah barat laut Pahang. Orang Kaya Indera Segara pula mentadbir kawasan di Temerloh terletak di kawasan sungai dan lautan. Orang Kaya Indera Shah Bandar lokasinya rata-rata terletak di bandar-bandar utama serta pelabuhan. Orang Kaya Indera Pahlawan pula kebanyakannya bertindak seperti hulubalang negeri dari Kuala Luit ke Bera.
Kawasan Pegangan Orang Besar Berempat
Majlis Mesyuarat Kerajaan kali ke-5 pada 8hb Oktober 1891 yang dihadiri oleh semua kecuali Tok Raja (M.P. Jelai), Bendahara dan Tuan Madak, kawasan pegangan yang telah ditetapkan :
KAWASAN PEGANGAN
Pekan
Dari Sungai Bebar ke Kuala Lepar
KAWASAN PEGANGAN
Chenor
Dari Kuala Luit ke Buntut Pulau Kening, Daerah Sungai Kerau dari batu Wan Pak ke Batu Redap
KAWASAN PEGANGAN
Temerloh
Dari Kuala Tekoh ke Pasir Purun;
Tok Gajah (Imam Perang Gajah): dari Batu Redap ke Kuala Piul;
Dari Tanjung Sakti ke Kangsa;
Dari Pedah ke Tanjung Lindung;
Juga Sungai Budu di Lipis
KAWASAN PEGANGAN
Dari Tanjung Lindung sepanjang Sungai Jelai ke Perak dan Kelantan (kecuali Sungai Lipis) dan dari Kuala Tembeling ke Pasir Durian
2. ORANG BESAR BERLAPAN
Orang-Orang Besar negeri juga terdiri daripada lapisan tanggungjawab yang menyusul Orang-Orang Kaya iaitu Orang Besar Berlapan yang dipanggil Dato’ Setia Pahang. Isteri bergelar Yang Berbahagia Tok Puan Setia. Orang Besar Berlapan terdiri daripada :-
- Dato’ Setia Muda
- Dato’ Setia Lela
- Dato’ Setia Perkasa
- Dato’ Setia Pahlawan
- Dato’ Setia Raja
- Dato’ Setia Wangsa
- Dato’ Setia Amar Segara
- Dato’ Setia Penggawa
3. ORANG BESAR ENAM BELAS
Orang Besar Enam Belas digelar Yang Hormat Mulia Tok Muda (Kerabat) / Yang Hormat Tok Muda dan isteri mereka bergelar Yang Mulia / Yang Berbahagia Tok Puan.
4. ORANG BESAR RAJA
Selain itu, dalam struktur kepimpinan institusi raja Pahang moden, wujud kumpulan khusus yang dipanggil Orang Besar Raja terdiri daripada:-
- Dato’ Setia jaya
- Tok Pentara Raja
- Tok Aria Rakna
- Tok Bijaya Diraja
5. ORANG BESAR ISTANA
Orang Besar Istana merangkumi:-
- Tok Luar
- Panglima Dalam (Tok Dalam)
- Penghulu Balai
Bertanggungjawab dalam semua urusan dan pentadbiran istana.
Sumber daripada YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan
SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP