KEPUTERAAN

Sultan Pahang telah diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan. Baginda pernah mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak, sepak raga jaring. Atas minat dan kebolehan yang ditunjukkan, Baginda telah terpilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri di dalam permainan bola sepak.

PENDIDIKAN

KETENTERAAN

PERLANTIKAN PEMANGKU RAJA

Sewaktu Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong, Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Negeri Pahang. Oleh kerana Baginda telah terdedah ke dunia pentadbiran, sering pula mengikut ayahanda Baginda menemui rakyat, tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ketika menjadi Pemangku Raja inilah Baginda menyertai kursus hal-ehwal luar negeri di Queen Elizabeth College, University Oxford, England dan kursus Tatacara Pentadbiran Tanah di Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur selama 2 minggu (Disember 1982).

Sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Baginda amat mengambil berat akan hal ehwal rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur. Di dalam siri keberangkatan Baginda ke daerah-daerah, Baginda telah menggunakan helikopter untuk cepat sampai ke tempat-tempat yang dilawati dan seterusnya dapat meninjau dengan lebih dekat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Hasrat utama Baginda ialah untuk memastikan segala aspek pembangunan dapat disampaikan kepada rakyat ke tahap yang maksimum.

TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG

Selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Baginda juga tidak ketinggalan dalam menasihati rakyat supaya sentiasa mengimarahkan masjid dengan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan untuk faedah dunia dan akhirat. Baginda sentiasa menggalakkan supaya masjid yang telah dibina oleh Kerajaan digunakan dengan sepenuhnya oleh rakyat jelata.

Seperkara lagi yang juga sangat Baginda tekankan ialah supaya rakyat di negeri ini sentiasa hidup di dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Baginda menerajui Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang selaku Yang Dipertua di bawah kepimpinan Baginda serta naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, maka majlis telah berjaya bersama-sama dengan kerajaan negeri menyumbang kepada perkembangan ekonomi, kebajikan umat Islam, serta mengembangkan syiar Islam di negeri ini.

Kedua-duanya iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang sangat memberi perhatian terhadap kebajikan pentadbiran umat Islam di negeri ini.

SUKAN

Baginda amat meminati bidang sukan. Ketika di England, Baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang di dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club dan berjaya memenangi perlawanan tersebut. Seterusnya Baginda mengambil bahagian di dalam pertandingan di Singapura, Manila dan Brunei.

Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri yang dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam. Bidang sukan lain seperti Go-Kart dan penerbangan Ultralight. Baginda terpilih menjadi Yang Dipertua bagi beberapa pertubuhan seperti Pasukan Equestarian Malaysia, Kelab Tenis Diraja Pahang, Kelab Golf Diraja Pahang, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mempengerusikan Liga Semi-Pro anjuran FAM.

PERLANTIKAN TENGKU MAHKOTA

Pada 1 Julai 1975, Baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Pada usia Baginda baru sahaja menjangkau 20 tahun, Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 . Baginda yang telah dididik dan dilatih dengan ilmu pengetahuan dan kepimpinan, Baginda telah dapat menyempurnakan tanggungjawab yang berat dengan sempurna. Baginda menjadi Pemangku Raja Pahang untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh ayahanda Baginda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-VII.

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat jelata dengan mengadakan lawatan ke serata pelusuk negeri, bukan sahaja secara rasmi tetapi apabila rakyat jelata ditimpa musibah dan bencana alam.

NAMA ISTERI

KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA TENGKU AMPUAN PAHANG
TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR AL-HAJ

DK., DMN., SSAP., SIMP., DK.(Johor)., SPMJ., DK.(Brunei). DK (Selangor)

PUTERA DAN PUTERI

SEMBILAN (Empat Putera dan Lima Puteri)

Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

DK., SSAP., SIMP.

Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

SSAP.

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

SSAP., SIMP.

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

SIMP.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

SSAP.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

SIMP.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

SIMP.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

SIMP.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah binti binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

SIMP.

JAWATAN DISANDANG

Canselor, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Canselor, Universiti Pahang Malaysia (UMP)
Canselor, DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia

Bola Sepak
President Pahang Football Association (1984 –
Deputy President of Football Association of Malaysia (FAM) (- 2014)
President of Football Association of Malaysia (FAM) (2013- 2017)
Council Member of ASEAN Football Federation (AFF) (- current)
Vice President of Asian Football Confederation (- 2015)
Member of FIFA Executive Committee (FIFA) (2015- current)

Hoki
President of Malaysian Hockey Confederation (MHC) (2008 – 2015)
President Asian Hockey Federation (2014 – current)
Member of Executive Board of International Federation of Hockey (2012 – current)

Polo
President of Royal Malaysian Polo Association (RMPA) (- current)
President of Royal Pahang Polo Club (RPPC) (- current)

Tenis
President of Royal Pahang Tennis Club (RPTC)

Skuasy
President of Pahang Squash Club (PSC)

Golf
President of Royal Pahang Golf Club (RPGC)

PENCAPAIAN