Unit KDPM Tengku Mahkota Pahang ditubuhkan setelah KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan merupakan sebuah unit di bawah pejabat KDYTM Sultan Pahang
VISI
Unit kebawah duli yang teramat mulia Tengku Mahkota Pahang sebagai penggerak utama institusi diraja.
MISI
Unit kebawah duli yang teramat mulia Tengku Mahkota Pahang sebagai fungsi utama dalam melaksanakan semua urusan KDYTM Tengku Mahkota Pahang selaku pemangku raja bagi negeri pahang darul makmur.
OBJEKTIF
Bertanggungjawab dalam semua urusan yang berkaitan dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang sama ada urusan rasmi atau tidak rasmi bersesuaian dengan kedudukan baginda sebagai Tengku Mahkota Negeri Pahang dan jajahan takluknya yang memerintah mengikut undang – undang tubuh kerajaan Pahang.
FUNGSI
Unit Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang sebagai fungsi utama dalam melaksanakan semua urusan KDYTM Tengku Mahkota Pahang selaku Pemangku Raja Pahang
Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh MAJLIS KESULTANAN PAHANG. Perisian, semua halaman, imej, teks, multimedia dan kandungan lain dalam laman web ini adalah hak milik MAJLIS KESULTANAN PAHANG, melainkan jika dinyatakan dengan jelas.