SEREMBAN, 2 Februari 2026 โ Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat melawat bayi ke-151 di bawah tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF), semalam.
Bayi lelaki diberi nama Sayf Al Ayyubi itu selamat dilahirkan pada 30 Januari lalu di Hospital Tuanku Jaโafar di sini menerusi rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) dengan berat 3.06 kilogram.
Paduka Baginda turut berkenan bertemu ibu bapa bayi tersebut, Encik Salahuddin Alaayubi Nawawi dan Puan Zahidah Zainudin yang menimang cahaya mata pertama selepas sepuluh tahun mendirikan rumahtangga. – KESULTANAN PAHANG
Kredit Gambar : BERNAMA






