Author: Kesultanan Pahang

KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat melawat Agroz EduFarm-in-City, sebuah ladang pertanian vertikal dalam bangunan yang terletak di sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju, di sini, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Agroz Group Sdn Bhd, Mr Gerard Lim Kim Meng; Pegawai Agroz, Isaac Lim dan Ketua Pegawai Eksekutif Sustainable Modern Agriculture Cameron Highlands (SMACH), Dato’ Luuk Rania. Pada lawatan tersebut, Kebawah Duli Paduka Baginda…

Read More

KUANTAN, 1 Oktober 2026 – Seramai 58 individu menerima darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, di Istana Abdulaziz, hari ini, Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang ke Balai Mahkota pada pukul 11 pagi diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Turut hadir YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang. Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan…

Read More

KUANTAN, 1 Oktober 2026 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, patik pacal-pacal warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini bersamaan 19 Rabiulakhir 1448H. Patik pacal-pacal sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja dikurniakan umur yang panjang, kesihatan dan keafiatan, serta sentiasa dilimpahi kebahagiaan, keberkatan dan rahmat Allah SWT. Semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja sentiasa berada dalam lindungan dan pemeliharaan Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesejahteraan dan kejayaan…

Read More

On Monday, I kissed Tun Dr Hasmah Mohamed Ali goodbye and stayed through her final rites. Beside me, Tun Dr Mahathir Mohamad, the man who had shared 70 years of his life with her. To see him grieving the loss of his beloved wife was heartbreaking. Malaysia has lost a remarkable lady. Tun Dr Hasmah was exemplary in her devotion to her family, her service to the country and the grace with which she carried both. She leaves an example for us to emulate. I have also lost someone who treated me like a daughter. I called her Mummy. She…

Read More

KUANTAN, 29 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-30 Kaneka (Malaysia) Sdn Bhd di sini, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda disambut Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Shikata Noriyuki; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Yang Dihormat Orang Kaya Indera Shahbandar, Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib; Presiden Kaneka (Malaysia) Sdn Bhd;, Mr. Tomoyuki Kashimura serta Pengerusi Kaneka Corporation, Mr. Kimikazu Sugawara. Pada majlis berkenaan Paduka Baginda berkenan menyempurnakan gimik Sambutan Ulang Tahun ke-30 Kaneka (Malaysia) Sdn Bhd yang…

Read More

SERI KEMBANGAN, 28 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali di kediaman Allahyarhamah di sini hari ini. Turut mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang bersama YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan suami YH Tuan FD Idzham FD Iskandar. Paduka Baginda berdua meluangkan masa kira-kira setengah jam bagi menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian insan tersayang. Dalam kesempatan itu, Paduka Baginda turut bertanya khabar Tun Dr.…

Read More

KUANTAN, 28 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.20 pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarhamah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Paduka Baginda berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang. Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan…

Read More

PEKAN, 26 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli mengurniakan hadiah kemenangan sempena Pertandingan Polo Piala Tengku Ampuan Pahang di Royal Pahang Polo Club di sini semalam. Pasukan Pekan diketuai Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang muncul juara selepas menewaskan pasukan Cameron Highlands yang disertai Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dengan keputusan 5-4. Turut hadir, Yang Mulia Datin Paduka Seri Dayang Hajah Mariam binti Abdul Aziz. – KESULTANAN PAHANG

Read More

PEKAN, 26 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menzahirkan rasa syukur kerana perancangan penganjuran Kejohanan Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Kelab Polo Diraja Pahang berjaya direalisasikan. Paduka Baginda bertitah, kejohanan berkenaan merupakan kemuncak kepada perancangan yang telah dibuat sejak bertahun-tahun lalu, sekali gus menjadi detik bermakna kerana Paduka Baginda berpeluang menyertai kejohanan bersempena sambutan satu abad kelab berkenaan bersama anakanda-anakanda. “Alhamdulillah, kita dapat lunaskan perancangan kita. Bertahun-tahun kita merancang, sejak tahun 70-an, kemudian tahun 80-an dan sekarang 100 tahun. “Saya sangat bersyukur kerana sempat sampai ke tahun ini dan dapat bermain…

Read More

PEKAN, 26 September 2026 – Aksi sengit dan mendebarkan mewarnai perlawanan akhir Kejohanan Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 apabila pasukan Royal Pahang dan Jogo Polo terikat seri 7-7, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi kejuaraan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Kelab Polo Diraja Pahang. Perlawanan yang berlangsung penuh dramatik itu turut menyaksikan detik mencemaskan apabila Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang terjatuh ketika beraksi bersama pasukan baginda, Royal Pahang, dalam pertembungan menentang Jogo Polo. Bagaimanapun, perlawanan akhir itu berlangsung dengan penuh semangat kesukanan sebelum kedua-dua pasukan akhirnya berkongsi piala kejohanan selepas terikat dengan jaringan seri 7-7. Kebawah Duli…

Read More