Author: Kesultanan Pahang

KUALA LUMPUR 15 Julai 2025 – YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mewakili Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang hadir ke Pre-Council Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-269 di Istana Negara di sini hari ini. MRR Ke-269 dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. – KESULTANAN PAHANG

Read More

UNITED KINGDOM, 11 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan tahniah kepada YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin di atas kejayaan memperoleh Sarjana dalam bidang tekstil dari University for the Creative Arts (UCA), United Kingdom, semalam. Kejayaan anakanda sulung kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud…

Read More

UNITED KINGDOM, 11 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat meraikan hari graduasi paduka anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di University for the Creative Arts (UCA), United Kingdom di sini semalam. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan mencatat kejayaan membanggakan dan cemerlang dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang…

Read More

KUANTAN, 11 Julai 2025 – Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas kejayaan cemerlang memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang Tekstil dari University for the Creative Arts (UCA), United Kingdom, semalam. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, bukan sahaja kepada keluarga diraja Pahang tetapi juga kepada rakyat negeri Pahang. Kejayaan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang dalam bidang kreatif dan teknikal seperti tekstil mencerminkan keazaman, kesungguhan…

Read More

KUANTAN, 10 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat hari lahir yang ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari ini. Ucapan sama dizahirkan kepada Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-99 pada 12 Julai ini. Paduka Baginda berdua menzahirkan doa agar kedua-duanya dikurniakan keberkatan usia, kesihatan yang baik, serta ketenangan di samping kasih sayang keluarga yang berpanjangan. Semoga hari…

Read More

KUANTAN, 7 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dijangka berangkat merasmikan Kejohanan Polo Royal Classic yang bakal berlangsung dari 25 Julai hingga 2 Ogos depan. Kejohanan yang diadakan di Royal Pahang Polo Club itu turut akan diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar AlHaj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kejohanan berkenaan akan turut disertai YAM Tengku Panglima…

Read More

KUANTAN, 7 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sempena mesyuarat Pra-Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di Istana AbdulAziz di sini hari ini. Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara terutama berkaitan kemakmuran dan kemajuan negeri serta hal-hal berkaitan rakyat. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 6 Julai 2025 – Istana Pahang telah mengesan terdapat penyebaran video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang memaparkan wajah menyerupai Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Beberapa klip video palsu giat disebarkan melalui akaun TikTok ‘datuk_abdul_majid’, ‘datokfahrolaziz07” dan ‘datuk_abdul_majid7’ kononnya berkenaan tawaran bantuan kepada rakyat. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan, tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam video tersebut serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima kandungan mencurigakan. Istana Pahang ingin menegaskan bahawa video tersebut adalah tidak benar…

Read More

KUANTAN, 5 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian bapa mentuanya, tengahari tadi. Bapa mentua kepada Ahli Parlimen Larut itu, Allahyarham Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ketika mendapat rawatan akibat komplikasi dalaman dan sesak nafas susulan kejadian kebakaran membabitkan sebuah…

Read More

KUALA LUMPUR 4 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118 di sini. Ketibaan Paduka Baginda pada jam 1 tengahari disambut oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda; Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Tengku Dato’ Ab Aziz Tengku Mahmud dan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil. Paduka Baginda turut berkenan menerima cendera kenangan sebuah buku “Senibina dan Sejarah Pembinaan…

Read More