Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 5 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian bapa mentuanya, tengahari tadi. Bapa mentua kepada Ahli Parlimen Larut itu, Allahyarham Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ketika mendapat rawatan akibat komplikasi dalaman dan sesak nafas susulan kejadian kebakaran membabitkan sebuah…

Read More

KUALA LUMPUR 4 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118 di sini. Ketibaan Paduka Baginda pada jam 1 tengahari disambut oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda; Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Tengku Dato’ Ab Aziz Tengku Mahmud dan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil. Paduka Baginda turut berkenan menerima cendera kenangan sebuah buku “Senibina dan Sejarah Pembinaan…

Read More

KUALA LUMPUR 3 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap kepimpinan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di Shahzan House di sini semalam. Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan perkembangan industri media semasa dan bertukar pandangan di samping penerangan ringkas objektif penubuhan PERTAMA. Dalam sesi tersebut, Paduka Baginda bertitah agar PERTAMA mempertahankan etika kewartawanan, tahap profesionalisme dalam industri serta mengikut arus perubahan landskap media pada masa kini. “Ini semua termasuk juga penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang memainkan…

Read More

KUALA LUMPUR 2 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Duta Besar Malaysia ke Amerika Syafikat, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman dan Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Yahaya Othman di Shahzan House di sini semalam. -KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 1 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja Berita Harian sempena sambutan ulang tahun ke-68, hari ini. Paduka Baginda berdua menyanjung tinggi usaha Berita Harian dalam menyampaikan maklumat yang tepat, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat jelata. Sebagai antara media arus perdana yang berpengaruh, Berita Harian telah memainkan peranan penting dalam membina masyarakat yang berilmu, peka dan berdaya saing. Adalah menjadi…

Read More

KUANTAN 30 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dato’Seri Abdul Razak Jaafar Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias; Pengarah Penerangan Pahang, Puan Rohani Chik; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ys. PKPjB Mohd Razam Taja Rahim dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, YS. Kol. (PA) Che Adam A Rahman di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Paduka Baginda meluangkan masa hampir dua jam mendengar taklimat ringkas dan bertukar pandangan…

Read More

ROMPIN, 29 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli menyempurnakan majlis pengurniaan hadiah Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025 di Villea Rompin Resort & Golf hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Arif Bendaharan Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut menyertai kejohanan tersebut. Pada majlis berkenaan Paduka Baginda berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang yang menyertai cabaran kejohanan di padang yang menyajikan gabungan landskap pantai dan hutan, fauna semula jadi, angin laut mencabar…

Read More

KUANTAN, 27 Jun 2025 – YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang tahun 1447 Hijrah, hari ini. YAM Tengku Muhammad selaku wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah tiba bersama isteri, YHM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah kira-kira pukul 9 pagi bagi majlis berkenaan. Ketibaan YAM Tengku Arif Bendahara bersama isteri disambut YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Indera Nazri Abu…

Read More

KUANTAN, 27 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dengan penuh takzim menzahirkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah kepada umat Islam di negeri Pahang Darul Makmur dan juga di seluruh negara. Tahun baharu hijrah merupakan saat yang amat penting dalam sejarah Islam. Ia bukan sekadar peringatan terhadap penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, tetapi lebih besar daripada itu, ia adalah simbol kepada pengorbanan, ketabahan, dan permulaan kepada…

Read More

KUANTAN 23 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abg Haji Openg di atas pemergian isterinya, awal pagi hari ini. Allahyarham Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tuanku Hj Bujang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.34 pagi di Pusat Perubatan Normah, Kuching pada usia 76 tahun. Paduka Baginda berdua…

Read More