KUANTAN, 1 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ke-67. Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa bangga dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga TUDM, baik yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara, atas dedikasi, keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara tercinta. Penghormatan yang setinggi-tingginya turut dizahirkan kepada…
Author: Kesultanan Pahang
KEPRIHATINAN Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang terserlah apabila Paduka Baginda sanggup turun dari kenderaan untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari bermain padel di sebuah hotel di Kuantan, Pahang pada Sabtu, 31 Mei 2025. Ketika melalui Jalan Teluk Sisek pada pukul 6.55 petang kebetulan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta sehingga menyebabkan penunggang motosikal, Hadzirul Zazlin Bin Mahadzir, 27, terbaring kesakitan dengan kecederaan kaki dan tangan. Tanpa berlengah, Paduka Baginda segera menenangkan mangsa dengan menitipkan nasihat dan meminta pengawal pengiring menghubungi ambulans. “Bersabar, Istighfar banyak-banyak dan ingat Allah,” demikian titah Paduka Baginda agar mangsa…
KUANTAN 31 Mei 2025 – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terus menunjukkan komitmen tinggi dalam mendalami ilmu ketenteraan dengan menyertai Eksesais Southern Tiger 2025 yang berlangsung di 3rd Armoured/Amphibious Brigade, Lavarack Barracks, Townsville, Australia. Latihan selama lebih sebulan yang bermula pada 8 Mei dan berakhir pada 13 Jun 2025 ini memberi tumpuan kepada konsep Perang Konvensional (Conventional Warfare), merangkumi aspek Operasi Berperisai (Armoured Op), Operasi Mekanis (Mechanized Op) dan Operasi Senjata Gabungan (Combined Arms Op) melalui bentuk Latihan Silang (Cross Training Exercise – CTX) dan Latihan Medan…
KUANTAN, 30 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya. Pesta Kaamatan dan Hari Gawai adalah lambang kekayaan warisan budaya serta semangat kesyukuran atas rezeki hasil tuaian. Sambutannya memperlihatkan betapa tingginya nilai perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Ia juga merupakan usaha memelihara dan memartabatkan budaya serta adat resam nenek…
KUANTAN, 30 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Bin Baki di Istana Abdulaziz, hari ini. Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan diikuti jamuan santapan tengahari. Pada pertemuan itu, Paduka Baginda turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 30 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Pegawai Memerintah Pasukan Khas Udara (PASKAU), Kolonel Muhammad Mustafa Bin Omar TUDM di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Hadir sama ialah Pengelola Bijaya Diraja Utama KDPB Sultan Pahang,Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM. – KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 29 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan kepada seluruh warga media di Malaysia, khususnya kepada para wartawan di negeri Pahang Darul Makmur. Paduka Baginda berdua amat menghargai sumbangan besar para wartawan yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kewartawanan yang beretika, berintegriti serta berani menyuarakan kebenaran. Dalam era ledakan maklumat yang serba pantas ini, peranan wartawan sebagai penyampai maklumat yang sahih, telus…
KUANTAN, 29 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Pembukaan Pesta Sukan Sikh Malaysia dan Singapura Kali ke-73 di Arena Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini hari ini. Berangkat sama, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.-KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 29 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar semua masjid dan surau di Negeri Pahang melakukan solat hajat bagi mendoakan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. Paduka Baginda bertitah agar diadakan solat hajat pada hari ini bersamaan 1 Zulhijjah 1446 Hijrah khusus mendoakan kesihatan Sultan Brunei yang juga Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana ketika ini berehat dan menerima rawatan susulan di Institut Jantung…
SINGAPURA 28 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Masjid An-Nur di Woodlands di sini semalam. Paduka Baginda diringi YAM Tengku Panglima Raja Brigadier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Paduka Baginda diberi taklimat mengenai projek ARIF (Achieving Resilient and Inspiring Families) ialah satu inisiatif perintis di Singapura yang dilancarkan pada tahun 2021 hasil kerjasama antara Temasek Foundation, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). -KESULTANAN PAHANG







