Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 4Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Makan Malam Beristiadat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sebuah hotel di sini semalam. Berangkat sama, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.-KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 4 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Pelancaran Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah. Majlis yang diadakan ini adalah sebagai satu hebahan kepada para pengunjung tentang pembukaan semula Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah kepada orang ramai. Pada majlis berkenaan, Kebawah Duli Tuanku turut berkenan menyantuni para pengunjung yang hadir ke Pasar Sera seterusnya berkenan menyempurnakan penanaman pokok sebagai simbolik pra-perasmian pelancaran ini. -KESULTANAN PAHANG

Read More

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pernikahan paduka anakanda Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Dato’ Sri Hajjah Aishah Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang juga paduka kekanda Sultan Pahang di sebuah hotel di sini semalam. Kebawah Duli Paduka Baginda berdua turut berkenan merakamkan gambar kenangan bersama pasangan pengantin, Yang Mulia Dato’ Indera Tun Putera Ahmad Aizuddin Shah…

Read More

KUANTAN, 3 MEI 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga menantu Paduka Baginda berdua iaitu Yang Hormat FD Idzham bin FD Iskandar yang kehilangan nenek tersayang. Yang Hormat FD Idzham merupakan suami kepada YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Allahyarhamah Puan Sri Datin Zainun Yaacob dimaklumkan meninggal dunia awal pagi Sabtu, 3 Mei…

Read More

KUANTAN, 02 Mei 2025,- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menghadiri kelas bacaan Al-Quran (mengaji) dan Daurah Jawi bersama-sama pegawai dan kakitangan di Istana Abdulaziz, hari ini. Kelas mengaji dikendalikan Pegawai Agama Istana, Leftenan Kolonel Anuar Mohd Ehwal yang memberi fokus kepada bacaan Hukum Ikhfak Haqiqi manakala Daurah Jawi dikendali Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr. Asmadi Abdul Rahman yang memberi fokus kepada ejaan kata Melayu Jati menggunakan ejaan Jawi. – KESULTANAN PAHANG

Read More

CAMERON HIGHLANDS, 1 Mei 2025 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Ladang Teh BOH Sungai Palas, di sini hari ini. Keberangkatan Padukan Baginda ke ladang teh berkenaan turut disambut oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar Nordin; Ahli Dewan Undangan Negeri Tanah Rata, YB Encik Ho Chi Yang; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH), YH Dato’ Zaman Azam Mohamat Sarif serta Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Encik Rudyfasla Mujid. Paduka Baginda juga berkenan menyantuni dan beramah mesra…

Read More

CAMERON HIGHLANDS, 1 Mei 2025 — Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli beriadah dengan berjalan kaki di sekitar Padang Golf Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. Aktiviti santai tersebut bukan sahaja mencerminkan keprihatinan baginda terhadap alam semula jadi, malah turut menjadi inspirasi kepada rakyat agar mengamalkan gaya hidup sihat. -KESULTANAN PAHANG

Read More

CAMERON HIGHLANDS, 1 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini berkenan bercemar duli menziarahi seorang pesakit yang terlantar di kediamannya di Taman Carnation Park, Tanah Rata di sini. Paduka baginda menziarahi Muhamad Dzulfadhli Bin Samsuddin, 35 tahun, yang hampir setahun terlantar akibat kemalangan motosikal yang dialaminya sebelum ini. Dalam suasana penuh mesra dan keprihatinan, baginda meluangkan masa bertanyakan khabar dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Muhamad Dzulfadhli.

Read More

ABU DHABI, 1 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama barisan Pengurusan Tertinggi Universiti New York, Abu Dhabi (NYUAD). Pada majlis tersebut, KDPM Tengku Mahkota Pahang berkesempatan bertukar-tukar idea berkenaan bidang Pendidikan, konservasi Harimau Malaya, serta konservasi hidupan laut di negeri Pahang. Untuk rekod, penyelidik daripada NYUAD terlibat dalam misi kajian di perairan Negeri Pahang dan Pulau Tioman bersama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) OceanX, penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia…

Read More

KUALA LUMPUR, 29 April 2025 -Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam Kepimpinan Islam dan Pembangunan Madani kepada Presiden Republik Maldives, Dr. Mohamed Muizzu. Paduka Baginda selaku Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Konvokesyen Khas UIAM 2025 berkenaan yang diadakan di UIAM Kampus Gombak, hari ini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Senator Dato’ Sri Diraja Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Menteri Pengiring, YB Dato’ Sri Dr.…

Read More