Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 29 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan tahniah kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Islam dan Perbankan daripada Universiti Yarmouk, Jordan. Paduka Baginda berdua bertitah, anugerah yang disampaikan sendiri oleh Presiden Universiti Yarmouk, Profesor Dr Islam Massad itu merupakan satu lambang kerjasama dan pengiktirafan terhadap usaha…

Read More

PEKAN 28 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan hasrat untuk menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Negeri Pahang sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi. Paduka Baginda mahu semua pihak berkaitan memberi komitmen padu dan bersepadu berkenaan hasrat tersebut kerana tulisan jawi adalah warisan besar bangsa Melayu dan simbol peradaban Islam yang perlu terus dipelihara. “Saya ingin, agar satu badan atau institusi khusus ditubuhkan di bawah Majlis (Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan mandat melaksanakan kursus,latihan dan pertauliahan jawi secara rasmi.…

Read More

KUANTAN 27 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan upacara penutup Eksesais Jungle Falcon Siri 2 Tahun 2025 antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAELF) di Felda Sungai Panching Timur di sini semalam. Paduka Baginda bertitah bahawa eksesais tersebut melambangkan eratnya hubungan dua hala di antara Malaysia dan UAE. Kesediaan kedua-dua negara untuk berkongsi ilmu pengetahuan, taktik ketenteraan serta aset-aset strategik merupakan langkah penting dalam memperkukuh keselamatan antara kedua negara malah juga di peringkat serantau serta…

Read More

BERA 27 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Penutupan Perkhemahan Pandu Puteri & Renjer Peringkat Negeri Pahang 2025 di Pusat Kokurikulum PPD Bera, Triang di sini semalam. Paduka Baginda turut berkenan berangkat ke Program Picnic Santai bersama para pelajar dan guru selepas majlis penutupan tersebut. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUALA LUMPUR 25 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka “Jom Raya Bersama” Touch Group, Tidal Group dan EPOMS di sebuah hotel di sini semalam. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi paduka anakanda, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama, Pengerusi EPOMS, YM Raja Dato’ Sri Mufik Affandi, YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar dan pegawai serta kakitangan syarikat terlibat. Paduka Baginda Sultan turut berkenan menyantuni para tetamu yang hadir…

Read More

KUANTAN 25 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Bandaraya Kuantan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.-KESULTANAN PAHANG

Read More

KUALA LUMPUR, 25 April 2025 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang juga Ketua Perlembagaan UIAM berkenan bercemar duli ke Majlis Sambutan Syawal UIAM di Kampus Gombak, di sini semalam. Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni para tetamu yang hadir terutamanya para pensyarah dan pelajar UIAM. Turut hadir, Presiden UIAM, Tan Sri Samsudin Osman; Rektor UIAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar; Ahli Lembaga Gabenor, Jawatankuasa Pengurusan Universiti(UMC), pegawai…

Read More

PEKAN, 23 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan setulus rasa penghargaan buat semua yang terlibat dalam Kembara Pahang 1.0 selama tiga hari bermula Isnin lalu. Lebih pada itu, Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa terharu dengan kesetiaan rakyat yang menanti kehadiran Paduka Baginda berdua terutamanya di tepi jalan di sepanjang laluan kembara. “Alhamdulillah saya teruja dengan sambutan kerana mereka telah menyambut di tepi jalan di kampung-kampung…

Read More

PEKAN, 23 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli mengakhiri perjalanan Program Kembara Pahang 1.0 di acara penutupan di Pantai Lagenda, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda berdua diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz serta YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam…

Read More

TEMERLOH, 22 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli meneruskan perjalanan hari kedua Program Kembara Pahang 1.0, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda berdua diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad…

Read More