Author: Kesultanan Pahang

21 April 2025 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli memulakan perjalanan Program Kembara Pahang 1.0 pada Isnin 21 April 2025. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah…

Read More

21 – 23 APRIL 2025 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli memulakan perjalanan Program Kembara Pahang 1.0 pada Isnin 21 April 2025. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima…

Read More

KUANTAN, 21 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu mata dengan rakyat pada program Kembara Pahang 1.0 yang bermula, semalam. Paduka Baginda bertitah, aktiviti yang disusun memberi peluang kepada Paduka Baginda mendekati dan didekati rakyat negeri ini yang sentiasa menjadi keutamaan Paduka Baginda. “Kita ada dua hari lagi, antara yang lebih saya looking forward petang esok (hari ini) main bola, dan lusa saya akan memandu ke jalan saya tak pernah lalu sampai ke Pekan. Itulah antara yang saya ternanti nantilah.…

Read More

KUANTAN, 20 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 Milo di Malaysia yang diadakan di Padang MBK 1 di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 7.50 pagi dimulakan dengan acara pelepasan peserta Larian tiga kilometer sebelum Paduka Baginda berkenan turut sama menyertai larian dan beramah mesra dengan peserta. Paduka Baginda kemudiannya turut berkenan melawat reruai yang disediakan sebelum menghadiri majlis santapan ringan seterusnya berangkat pulang. -KESULTANAN PAHANG

Read More

LIPIS 19 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Resepsi Perkahwinan Mohamad Safwan Abdul Rahman dengan Nur Amilia Abdul Mutalib serta Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lipis di Kuala Lipis di sini hari ini. Pengantin lelaki, Mohamad Safwan adalah anak kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Lipis, YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad. Hadir sama, YAB…

Read More

KUANTAN 19 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke ke Jamuan Diraja Istiadat Pembukaan Penggal ke-4 Dewan Negeri Pahang ke-15 di sebuah hotel di sini semalam. Turut mengiring ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama isteri YM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam…

Read More

KUANTAN, 18 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah meminta agar Kerajaan Negeri melalui YAB Menteri Besar Pahang dapat memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek-projek tebatan banjir yang telah diluluskan. Titah Paduka Baginda, ia demi menjamin keselamatan rakyat di negeri Pahang terutamanya ketika musim tengkujuh. “Terdapat 15 projek berimpak tinggi dalam rangka Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negeri beta antaranya di Sungai Kenau, Pekan Sungai Lembing, Sungai Dong, Raub dan Sungai Jelai (Fasa 1) Daerah Lipis. “Beta menaruh harapan…

Read More

KUANTAN, 18 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita di atas pencerobohan tanah kerajaan yang berlaku melibatkan kawasan seluas 14,494.908 hektar sejak lebih empat dekad lalu. Titah Paduka Baginda, lebih malang apabila 5,997.09 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) juga telah diceroboh kononnya di atas nama pertanian dengan penanaman secara haram sawit, getah, durian dan pelbagai hasil bumi namun hakikatnya ia adalah satu perompakan terbuka terhadap harta khazanah negeri. “Masalah ini bukan baru bermula semalam. Ia telah berakar sejak lebih empat dekad yang lalu,…

Read More

KUANTAN, 18 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin…

Read More

PERLIS 18 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan ke Majlis Santapan Diraja sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau di sini semalam. Keberangkatan Kebawah Duli Tuanku merupakan wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. – KESULTANAN PAHANG

Read More