PEKAN 29 Julai 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan perlawanan Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, di sini. Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja…
Author: Kesultanan Pahang
PEKAN, 28 Julai 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan perlawanan Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club di sini. Perlawanan pada hari ini menyaksikan pasukan La Bendahara menentang Jogo Polo. La Bendahara diketuai oleh YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sementara itu, orang ramai turut menyaksikan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang turun padang berkenan menyertai perlawanan Kejohanan Tengku Ampuan Cup’s bagi pasukan Royal Pahang Citaglobal…
KUANTAN 28 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Pengerusi Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), YH Dato’ Haji Zamri Haji Mohamed; Ahli Parlimen Bera, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaacob dan Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YH Dato’ Sri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Istana Abdulaziz di sini hari ini. – KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 28 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Malam Gala Santapan Malam Pesta Kuantan 188 di Hotel Zenith di sini semalam. Turut berangkat, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta isteri, YHM Tengku Natasya Puteri binti Tengku Adnan dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin…
PEKAN 27 Julai 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bercemar duli berangkat menyaksikan perlawanan Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, di sini. Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan Royal Pahang Polo Club menentang Kuala Lumpur Polo Club. Royal Pahang Polo Club menang pada perlawanan tersebut dengan jaringan sebanyak 13 gol berbalas 2 1/2. – KESULTANAN PAHANG
KUALA LUMPUR, 27 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan anak Pengelola Bijaya Diraja Utama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di sini hari ini. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan…
KUANTAN, 27 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Pesta Kuantan 188 di sini semalam. – KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 26 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Ketua Polis Daerah Jerantut, Allahyarham Superintendan Zukri Muhammad. Allahyarham berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Saujana Utama Jerantut akibat serangan jantung kira-kira pukul 3 petang tadi. Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Paduka Baginda berdua turut…
KUANTAN, 26 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah mengingatkan bahawa gelaran dan darjah kebesaran bukan lesen untuk bermaharajalela atau menyalahguna kedudukan. Paduka Baginda bertitah, anugerah tersebut bukanlah sekadar sebutan mulia di hadapan nama mahupun perhiasan di dada yang menjadi kebanggaan dalam majlis-majlis rasmi, sebaliknya merupakan lambang kemuliaan dan amanah yang bersulam maruah. “Penghormatan ini hanya layak kepada mereka yang memelihara integriti serta menjunjung tinggi undang-undang negeri. Ia tidak boleh dan tidak akan menjadi pelindung kepada mana-mana individu yang melanggar undang-undang, mengkhianati tanah negeri atau…
KUANTAN, 26 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar kebajikan dan kepentingan rakyat di negeri ini terus diutamakan. Paduka Baginda bertitah, segala keluh kesah dan jerih perih rakyat sentiasa didengar dan dirasai apatah lagi kehidupan semakin menyesak dengan kenaikan kos sara hidup. “Beta tidak mahu rakyat beta hidup dalam ketakutan dan kekurangan. Oleh itu, beta menitahkan agar kerajaan negeri Pahang menambah baik, meluaskan dan memperkemas pelaksanaan program Inisiatif Makmur Pahang. “Bantuan bersasar mesti dipertingkat, dana kebajikan mesti ditambah, bantuan makanan, latihan pekerjaan dan perumahan…







