Author: Kesultanan Pahang

KUALA LUMPUR, 6 September 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) bagi memenuhi undangan Bozdag Studio Film dari Turkiye. Turut mengiringi Paduka Baginda ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah serta Paduka Baginda ialah YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa, Tengku Tan Sri Hajjah Meriam Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Paduka Baginda tiba pada pukul 2.30 petang ke MITEC disambut Duta Turkiye,…

Read More

RAUB, 5 September 2024 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar keindahan dan kehijauan alam sekitar di Bukit Fraser terus dikekalkan tanpa sebarang penerokaan atau pembangunan baharu. Paduka Baginda bertitah, keluasan Bukit Fraser yang tidak begitu besar tidak seharusnya dicemari dengan isu seperti kesesakan lalu lintas, masalah kebersihan atau penerokaan haram sekaligus mengelak masalah seumpama seperti yang berlaku di Cameron Highlands. “Namun kita perlukan pelancong yang boleh datang ke sini untuk menikmati alam sekitar, kita nak jadikan Bukit Fraser sebagai satu destinasi ‘environmental compliance’, yang pentingkan…

Read More

RAUB, 4 September 2024 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Pelepasan Kontinjen Ekspedisi Ke Everest Base Camp di Bukit Fraser di sini hari ini. Paduka Baginda yang memandu sendiri helikopter tiba pada pukul 2.30 petang dan berangkat masuk ke Fraser’s Hall tempat berlangsungnya acara yang diadakan bersempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Ke-65 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di Fraser’s Hill. Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum persembahan ucapan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang,…

Read More

KUALA LUMPUR 1 September 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke majlis resepsi kedua perkahwinan anakanda baginda berdua, YAM Tengku Puteri Afzan dan suami, FD Idzham. Berangkat sama ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Antara kenamaan yang hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr. Wan…

Read More

KUALA LUMPUR 31 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke majlis resepsi perkahwinan anakanda baginda berdua, YAM Tengku Puteri Afzan dan suami, FD Idzham. Majlis susunan perancang yang begitu popular bagi acara perkahwinan dan sebarang majlis keraian, Reka Teemor yang berlangsung indah dan penuh aroma romantis itu turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan…

Read More

KUANTAN 31 Ogos 2024 – YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat kemunculan istimewa dengan mengetuai perarakan kenderaan perisai pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang Tahun 2024 di Padang MBK1, hari ini. YAM Tengku Panglima Perang yang juga pemimpin Trup di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja bermula 11 Ogos tahun lalu mengetuai perarakan kenderaan perisai tempur jenis 30 milimeter pada sambutan merdeka tahun ini. Kemunculan yang turut mencuri perhatian dan keceriaan di wajah kedua-dua paduka ayahanda dan paduka bonda YAM Tengku Ahmad ini merupakan sebahagian persembahan Demonstrasi Aturgerak…

Read More

KUANTAN 31 Ogos 2024 – Penyertaan sulung Kontinjen Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang dalam perbarisan Sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang pada tahun ini memberi seribu makna kepada pasukan terdiri daripada 38 orang pegawai dan kakitangan apabila diumumkan sebagai juara perbarisan (Kategori Pembangunan). Segak dan cantik berbaju kebangsaan berwarna oren bata, Kontinjen Pejabat KDPB yang diketua oleh Mejar Mohd Nur Hilmi Abd Samad TUDM melangkah penuh bergaya di hadapan puluhan ribu penonton yang hadir sekaligus meraih tempat pertama bagi kategori berkenaan. Pada sambutan berkenaan, KDPB Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji…

Read More

KUANTAN 31 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang di Padang MBK 1, hari ini. Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ketibaan Paduka Baginda pada pukul 10.30 pagi disambut Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail…

Read More

KUANTAN 25 Ogos 2024 – Istiadat Persandingan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Istana Abdulaziz malam ini. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta paduka-paduka adinda serta kerabat…

Read More

KUANTAN, 23 Ogos 2024 – Pasangan pengantin baharu, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Fd Idzham Fd Iskandar meneruskan Istiadat Perkahwinan Diraja dengan Istiadat Berinai yang diadakan di Balai Temenggung, Istana Abdulaziz malam ini. Istiadat Berinai dimulakan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan menyapu inai ke tapak tangan Fd Idzham diikuti Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Istiadat Berinai pengantin lelaki diteruskan…

Read More