Author: Kesultanan Pahang

LIPIS, 20 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah mengingatkan rakyat agar sentiasa berpegang kepada adab dan budaya selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat Islam. Titah Paduka Baginda, begitu jua dengan bahasa dan tulisan yang merupakan cerminan warisan yang telah menjadi tunjang peradaban bangsa yang perlu dipelihara. ‘Bahasa Melayu bukan sekadar alat bicara, bukan sekadar penyambung kata, tetapi ia adalah nadi tamadun, jiwa bangsa, dan wadah kebijaksanaan yang telah mengalir dalam peradaban kita sejak zaman berzaman. “Bahasa ini telah menjadi tonggak penyatuan bangsa, menyulam makna…

Read More

KUANTAN 20 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek Kg Melayu Sungai Lembing di sini semalam. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima…

Read More

KUANTAN, 19 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli meneruskan aktiviti memasak bubur lambuk di Padang MBK 1, di sini hari ini. Berangkat sama mengiring ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Paduka Baginda tiba pada pukul 11.00 pagi sebelum berkenan memasak dua periuk besar bubur lambuk pada Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Pelajar Banat Negeri Pahang. Sembilan periuk besar bubur lambuk di masak pada program ini melibatkan 16 MaahadTahfiz di negeri ini dan…

Read More

KUANTAN 19 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan membayar zakat fitrah dan zakat harta di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Paduka Baginda melaksanakan Rukun Islam ketiga itu menerusi Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang, Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Othman dan amil zakat fitrah, Muhammad Sholehin bin Abdul Aziz. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 19 Mac 2025 – Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan kewujudan akaun-akaun palsu yang muncul di platform media sosial dengan menggunakan nama kerabat Diraja Pahang dan juga Kesultanan Pahang. Kebelakangan ini muncul banyak akaun Facebook palsu melibatkan nama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Isu sama yang turut ingin dijelaskan ialah mengenai akaun media milik Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan…

Read More

ROMPIN, 18 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah semua pihak perlu memainkan peranan untuk mendidik generasi ‘Jilul Quran’ yakni generasi pewaris Al-Quran yang akrab dengan wahyu Ilahi dan menjadikan kalamullah sebagai pegangan dan pedoman dalam setiap langkah kehidupan mereka. Paduka Baginda bertitah, dunia kini berada di ambang sebuah era yang mencabar, di mana umat Islam menghadapi pelbagai bentuk ancaman sama ada dalam bentuk pemikiran, akidah mahupun budaya. “Hari ini kita tidak boleh sekadar berpuas hati dengan kemajuan duniawi semata-mata, sedangkan jiwa anak-anak kita tandus…

Read More

KUANTAN, 18 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Isyak dan terawih di Masjid Sultan Ahmad Shah Felda Bukit Goh di sini semalam. Turut berangkat mengiring ialah YAM Tengku Arif Temenggung Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. KDPM Tengku Mahkota Pahang turut menyantuni penduduk setempat dan mengurniakan sumbangan kepada kanak-kanak selepas selesai solat berjemaah.- KESULTANAN PAHANG

Read More

PEKAN, 17 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat memasyurkan Masjid Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan nama Masjid Al-Jazari dan Majlis Berbuka Puasa UMPSA di sini semalam. Masjid UMPSA yang dibina di atas tanah seluas 7.5 ekar siap dibangunkan selepas tujuh tahun pembinaan dan masjid ini telah mula beroperasi dengan pelaksanaan solat Jumaat pertama pada 5 Julai 2024 dan mampu menampung sehingga 3,500 jemaah dalam satu masa. KDPM Tengku Mahkota Pahang yang merupakan Pro-Canselor UMPSA turut berkenan mengurniakan sumbangan duit raya…

Read More

KUANTAN, 17 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada rakyat negeri Pahang yang dikasihi. Paduka Baginda berdua bertitah, tanggal ini adalah untuk seluruh umat Islam memperingati peristiwa agung turunnya wahyu pertama dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang menjadi petunjuk hidup kepada seluruh umat manusia. Hari Nuzul Al-Quran bukan sahaja merupakan hari yang bersejarah,…

Read More

BERA, 17 Mac 2025: Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Wanita Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur tahun 2025 di Masjid Darul Fikri, di sini hari ini. Keberangkatan tiba Paduka Baginda pada pukul 10.50 pagi disambut Yang Dipertua Persatuan Amal Isteri Wakil Rakyat Pahang (Teratai), YH. Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed serta Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan. Paduka Baginda turut berkenan meluangkan waktu membaca kalam suci itu bersama-sama kia-kira 1000 orang wanita yang hadir…

Read More