TANGGAL 22 Januari 2026 genap tujuh tahun Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Dimahsyurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang.
Pada tanggal bersejarah itu, dimasyhurkanlah seorang permaisuri..bukan sekadar bertakhta di singgahsana, tetapi bersemayam di lubuk jiwa rakyat jelata.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, satu nama yang harum dengan budi, indah dengan kelembutan dan teguh dengan kasih sayang.
Dalam diam, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku menyantuni. Dalam tutur, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku menenangkan. Dalam tindakan, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku mendahulukan rakyat.
Lantaran itu, lahirlah sebuah gelaran yang tidak dititahkan, tetapi dihadiahkan oleh hati rakyat sendiri, Permata Hati Rakyat.
Dokumentari ini menyingkap perjalanan tujuh tahun sebuah pemasyhuran, sebuah pengabdian, dan sebuah kasih yang tidak pernah berjarak antara istana dan rakyat.
DIRGAHAYU TUANKU






