Rakyat jelata tidak melepaskan peluang menghadiri majlis istana terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, hari ini.
Perkarangan Istana Abdulaziz mula dipenuhi rakyat berbilang kaum yang hadir seawal pukul 10 pagi untuk bertemu Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang berkenan menyantuni tetamu yang datang.
Antara menu istimiewa yang tersedia untuk tetamu ialah nasi tomato, opor daging, ayam masak merah, dendeng, nasi dagang, laksa Pahang, kuetiau goreng, mee goreng, sate dan manisan seperti kek serta biskut. – KESULTANAN PAHANG








