KUANTAN, 3 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja Pekan African Night di Istana Abdulaziz di sini semalam.
Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Majlis Santapan Diraja ini bagi meraikan Tuan Yang Terutama Duta-duta dan isteri daripada 22 buah negara yang hadir membuat lawatan ke Negeri Pahang. -KESULTANAN PAHANG






