PEKAN 24 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menunaikan solat Asar di Masjid Tengku Ampuan Fatimah, Kampung Padang Polo, Pekan di sini hari ini.
Usai solat, Paduka Baginda berkenan meluangkan masa beriadah di sekitar Padang Polo bagi melihat kemajuan pembinaan bangunan Royal Pahang Polo Club sebagai persediaan Pertandingan Polo sempena 100 tubuh penubuhan kelab itu kelak.- KESULTANAN PAHANG








