KUANTAN, 20 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke acara akhir pertandingan tarik tali sempena Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) Pahang 2025 di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar di sini hari ini

Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang utama dalam pertandingan tersebut dan mengurniakan cenderahati penghargaan kepada wakil Persatuan Tarik Tali Malaysia.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff. – KESULTANAN PAHANG








