KUANTAN, 21 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Teluk Mahang di sini hari ini.
Paduka Baginda turut menyampaikan kurniaan peribadi dan bertanya khabar mangsa sekelurga serta mengambil peluang menyantuni penduduk dan peniaga di sekitar kawasan berkenaan.
Dalam kejadian pada pukul 10.13 pagi semalam, rumah didiami mangsa, Sa’ari Alias, 66, dan keluarga tiba-tiba disedari terbakar di bahagian dapur.
Sa’ari dan anaknya, Mohamad Khairul Furzan, 39, cedera di muka, tangan dan kaki ketika cuba memadamkan api yang sedang marak sebelum kehadiran pihak bomba.- KESULTANAN PAHANG