JERANTUT, 11 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Kampung Simpang Tebing Tinggi sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,Kampung Simpang Tebing Tinggi.
Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 6.20 petang diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Keberangkatan Paduka Baginda disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail Diraja Wan Rosdy Wan Ismail; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Nazri Abu Bakar serta pemimpin setempat.
Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada rakyat terdiri daripada golongan asnaf di kawasan sekitar. -KESULTANAN PAHANG







