LIPIS, 12 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Jamek Kampung Kuala Medang sebagai Masjid Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Kampung Kuala Medang.
Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 6.20 petang diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.
Keberangkatan Paduka Baginda disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail Diraja Wan Rosdy Wan Ismail serta serta pemimpin setempat.
Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 1








