KUANTAN, 28 Februari 2026 — Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menyantuni 60 orang anak yatim yatim membeli persiapan Aidilfitri di sebuah pusat beli belah di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Kesemua anak yatim yang terlibat dalam program ini merupakan anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa ketika pandemik COVID-19 dan setiap daripada mereka menerima RM300 seorang bagi membeli kelengkapan Aidilfitri masing-masing.
Mereka kemudiannya turut diraikan dalam majlis berbuka puasa di Hotel Grand Darul Makmur bersama-sama Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku. -KESULTANAN PAHANG






