KUANTAN, 21 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Imigresen kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia, khususnya para pegawai dan anggota yang bertugas di Negeri Pahang Darul Makmur.
Paduka Baginda berdua turut merakamkan penghargaan atas jasa dan khidmat bakti warga imigresen yang telah menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
Semoga warga imigresen terus cekal, berintegriti dan komited dalam menyempurnakan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran tanah air. -KESULTANAN PAHANG







