KUANTAN, 11 November 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, menzahirkan ucapan tahniah kepada Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed atas pelantikan beliau sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA).
Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa bangga dan sukacita atas kejayaan anak kelahiran Bentong ini yang bukan sahaja mengharumkan nama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tetapi juga mengangkat Malaysia di peringkat antarabangsa dalam bidang keselamatan sosial.
Kebawah Duli Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar kejayaan Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman akan menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia khususnya penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan membawa nama negara ke mercu kecemerlangan.-KESULTANAN PAHANG






