TEMERLOH, 19 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Galeri Tokoh, di sini.
Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa melawat galeri yang menjadi pusat pameran dan rujukan dengan menghimpunkan kisah kejayaan, jasa dan sumbangan tokoh-tokoh penting dari daerah Temerloh.
Kewujudan galeri ini merupakan satu usaha penting memelihara warisan sejarah yang menjadi medium pendidikan dan inspirasi kepada generasi muda. -KESULTANAN PAHANG