KUALA LUMPUR, 14 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke majlis perkahwinan pacal didik YBhg Dato’ Sri Azim Zabidi, disebuah hotel disini malam tadi.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Berangkat sama, DYMM Raja Muda Perak, Tuanku Raja Jaafar.
Paduka Baginda berdua berangkat meraikan pasangan pengantin Azlan Rahman Zabidi dan Emy Farrah Elena. Paduka Baginda berdua turut berkenan beramah mesra dan bergambar bersama tetamu yang hadir – KESULTANAN PAHANG






