TEMERLOH, 20 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Pasar Anak Muda @ Lepak Lorong di sini semalam.
Paduka Baginda berdua berangkat tiba pada jam 9 malam itu berkenan melawat gerai-gerai jualan dan membeli-belah serta beramah mesra dengan pengunjung yang hadir dalam suasana santai dan mesra.
Program Pasar Anak Muda @ Lepak Lorong dilaksanakan bagi mempromosikan pelbagai makanan dan minuman serta pelbagai barangan di samping menarik pengunjung untuk datang ke Temerloh bagi menyaksikan keunikan bangunan lama dan Lorong Tengku Bakar yang mempunyai seni bina klasik. -KESULTANAN PAHANG