KUALA LUMPUR 4 April 2026, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Citaglobal Berhad di sebuah hotel di sini semalam.
Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Keberangkatan tiba Paduka Baginda berdua diiringi Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Suasana majlis yang penuh kemesraan dan silaturahim ini diserikan lagi apabila baginda berdua turut berkenan mendendangkan lagu raya untuk semua tetamu yang hadir dan bergambar kenangan bersama.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri II YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof; Menteri Kerja Raya YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Sumber Manusa, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan. – KESULTANAN PAHANG





