KUANTAN, 16 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Almarhumah Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Tunku Sakinah binti Almarhum Sultan Badlishah, hari ini.
Almarhumah merupakan kekanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah itu mangkat pada pukul 6.35 pagi tadi di Villa Seri Tunku, Alor Setar, Kedah.
Paduka Baginda berdua berdoa agar seluruh keluarga diraja dan kaum kerabat dikurniakan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.
Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan kekasih-Nya.-KESULTANAN PAHANG





