KUANTAN, 5 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Tun Dr Ling Liong Sik yang meninggal dunia pagi tadi.
Paduka Baginda berdua berharap agar keluarga mendiang tabah di atas kehilangan insan yang tersayang.
Mendiang pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan termasuk Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri Penerangan, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pendidikan.
Mendiang juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari 1986 hingga meletak jawatan pada 2003 di mana sepanjang berkhidmat memainkan peranan penting dalam pemodenan pelabuhan negara termasuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai hab pemindahan global sekali gus meningkatkan daya saing Malaysia dalam perdagangan antarabangsa selain menyumbang kepada pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai pintu masuk utama negara. -KESULTANAN PAHANG






