KUANTAN 16 Mac 2026 – Raja dan Rakyat.. Berpisah tiada.
Demikian perumpamaan sesuai buat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sekeluarga bercemar duli untuk sama-sama merasai apa yang menjadi kesukaan rakyat jelata termasuk berbuka puasa duduk bersila di tikar berlantaikan rumput dan berbumbungkan langit.
Bagaikan acara wajib saban tahun, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bersama-sama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang pastinya berangkat berbuka puasa bersama rakyat di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) di sini.
Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri YHM Tengku Puan Bendahara, Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan serta YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moiz.
Turut sama ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni peniaga dan orang ramai yang berada di Bazar Ramadan Mahkota Square yang terletak bersebelahan padang serta membeli juadah untuk berbuka puasa.
Aktiviti berbuka puasa di padang pada saban tahun bersama rakyat merupakan antara acara yang digemari Paduka Baginda kerana ia menjadi ruang dan peluang untuk Paduka Baginda menyantuni rakyat. -KESULTANAN PAHANG.







