CAMERON HIGHLANDS, 13 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata di sini.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Turut sama ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail Diraja Wan Rosdy Wan Ismail serta YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Nazri Abu Bakar.
Solat Jumaat dipimpin oleh Kadi Daerah Cameron Highlands, Tuan Haji Mohd. Khalil Bin Mohd Zari Al Hafiz yang turut menyampakkan khutbah Jumaat yang berkisarkan mengenai bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. -KESULTANAN PAHANG







