TEMERLOH, 19 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Wosto, Kampung Tanjung Besar di sini hari ini.
Di masjid sama, Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan sumbangan kepada 100 orang asnaf dari kawasan sekitar.
Usai solat Jumaat dan penyampaian kurnia, Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Jamuan Diraja di Restoran Patin D’Jungle. -KESULTANAN PAHANG