KUANTAN 6 Februari 2026- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Kuantan di sini.
Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Solat Jumaat diimamkan oleh Ustaz Ahmad Umair. Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi dan menyantuni orang ramai. – KESULTANAN PAHANG






