KUALA LIPIS, 13 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saiyidina Ali bin Abi Talib,di sini hari ini.
Berangkat sama, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Solat Jumaat telah dipimpin oleh Imam Zainurin bin Ismail selaku imam dan khatib, dengan khutbah bertajuk Lailatul Qadar.
Paduka Baginda turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan jemaah yang hadir. – KESULTANAN PAHANG








