KUANTAN, 7 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini hari ini.
Seusai Solat Subuh, Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan mengikuti Majlis Tadarus Al-Quran dan terjemahan Surah Hud, ayat 82-88.
Solat Subuh dan tadarus Al-Quran dipimpin oleh Imam 1, Haji Izalludin bin Mat Nor. – KESULTANAN PAHANG





