KUANTAN, 22 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Azman Rabani dan Komander Briged Tenggara PGA,YDH SAC Ahmad Radzi b. Hussain Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam dalam setiap sesi mengadap itu bagi membincangkan beberapa perkara penting terutama demi keselamatan dan kemajuan pertahanan di Negeri Pahang Darul Makmur. – KESULTANAN PAHANG









