KUANTAN, 22 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Pengerusi DRB HICOM, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin di Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam dalam setiap sesi mengadap itu bagi membincangkan beberapa perkara penting terutama soal Universiti DRB Hicom dan kemajuan industri pembuatan di Negeri Pahang Darul Makmur. – KESULTANAN PAHANG







