KUANTAN, 22 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka, Nik Ibrahim Nik Abdullah; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Zainuddin Jamaluddin dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pahang, Ir. Arman bin Mokhtar di Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam dalam setiap sesi mengadap itu bagi membincangkan beberapa perkara penting terutama demi kemakmuran dan kemajuan Negeri Pahang Darul Makmur. – KESULTANAN PAHANG









