KUANTAN, 24 November 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke majlis makan malam amal anjuran Kiwanis Children Centre di sebuah hotel di sini semalam.
Bertemakan ’25 Years Of Love And Hope & Powerment’, majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran anak-anak istimewa dari Kiwanis Children Centre. -KESULTANAN PAHANG








