SELANGOR, 19 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Rumah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara di Rejimen TUDM Jugra di sini hari ini
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku disambut Pengerusi Jemaah BAKAT Udara, Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor.
Pada lawatan berkenaan, Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli BAKAT antaranya penghasilan sabun serta pelembab bibir dari bahan madu kelulut.
Paduka Baginda turut berkenan menyantuni ahli BAKAT yang hadir serta bergambar kenangan sebelum berangkat ke Jamuan Diraja.
Keberangkatan Paduka Baginda ke TUDM Jugra adalah sempena mengiringi lawatan kerja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). – KESULTANAN PAHANG






