KUANTAN 8 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan Pementasan Tralokal Teater Gamelan “Tari Tenun Berurai Emas” di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato Sri Najib.
Pementasan Tralokal Teater Gamelan “Tari Tenun Berurai Emas” mengisahkan perjuangan Sultan Ahmad Muadzam Shah bersama para pahlawan Pahang pada kurun ke-18 ketika menentang Residen British pertama di Pahang, J.P Rodger.
Teater ini turut mencitrakan budaya tempatan dan sejarah muzik gamelan yang bertapak di Pahang sebelum berkembang ke Terengganu setelah hubungan perkahwinan Diraja.
Selain itu, teater yang menampilkan 80 peratus rakyat negeri Pahang sebagai pelakon ini turut mengangkat kehebatan Dikir Pahang, Rebana Pahang, seni Rejang, Gurindam dan syair lama Pahang. – KESULTANAN PAHANG






