PEKAN 27 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk bersama kakitangan Perbadanan Muzium Negeri Pahang di sini hari ini.
Sebanyak 800 pek bubur lambuk Pahang resepi istimewa daripada KDPB Tengku Ampuan Pahang berjaya dihasilkan dan diedarkan kepada rakyat daerah Pekan.
Paduka Baginda turut berkenan menyerahkan sendiri juadah berbuka puasa itu kepada pengguna jalan raya di hadapan Muzium Sultan Abu Bakar di sini.
Sebelum itu, pada sebelah pagi Paduka Baginda bertadarus manakala pada sebelah petang pula Paduka Baginda berkenan berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan dan solat sunat tarawih bersama kakitangan Perbadanan Muzium Negeri Pahang di Muzium Masjid Sultan Abdullah. -KESULTANAN PAHANG






