KUANTAN 28 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang 2026 di Dewan Sri Mahkota, Politeknik Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
Paduka Baginda merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang.
Turut mengiring ialah Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang. – KESULTANAN PAHANG






