ABU DHABI, 11 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah di Pejabat Mohamed Bin Zayed Fund, hari ini.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku merupakan Pengerusi Bersama jawatankuasa berkenaan bersama-sama Presiden IUCN, Puan Yang Terutama Razan Al-Mubarak.
Turut mengiring ialah YH Dato’ Setia Perkasa Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail dan bekas Duta Besar Malaysia ke UAE, Dato’ Sri Ahmad Fadhil Shamsuddin yang merupakan ahli Jawatankuasa Pemandu Rizab tersebut.
Mesyuarat yang diadakan dua kali setahun itu membincangkan mengenai perkembangan semasa dan juga hala tuju pembangunan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah – KESULTANAN PAHANG






