SHAH ALAM, 2 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke sesi menembak bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj di Istana Mestika di sini hari ini.
Keberangkatan Tengku Mahkota Pahang ke Istana Mestika adalah atas jemputan daripada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.

Pada sesi berkenaan baginda berdua turut berkongsi kemahiran dan pengalaman menembak serta turut bertukar idea dan pandangan bagi kedua-dua negeri.
Untuk rekod, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor merupakan alumni Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom. – KESULTANAN PAHANG