BANGKOK, 4 Disember 2025 – Sengit, namun pasukan polo negara meneruskan rentak cemerlang selepas menewaskan Brunei 6-5 dalam aksi di VS Sports Club & Siam Polo Park, Samut Prakan, hari ini.
Kejayaan tersebut sekaligus mengesahkan slot ke separuh akhir acara ekuestrian polo Sukan SEA Thailand 2025 yang bakal berlangsung, Isnin depan.
Malaysia masih menanti siapa lawan yang akan menjadi saingan pada peringkat separuh akhir, antara Filipina atau Thailand yang akan bertemu dalam perlawanan esok.
Skuad pimpinan YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini dilihat terus konsisten memburu pingat pada kejohanan kali ini. -KESULTANAN PAHANG






