PANDUAN BAHASA ISTANA

CONTOH PERTAMA

Apabila baginda Tuanku bertitah, anda hendaklah menggantikan “Tuanku” setiap kali bersetuju menggantikan “Ya”. Adalah manis jika digunakan “Ampun Tuanku” atau “Tuanku” samaada di pangkal atau di penghujung ayat semasa menggunakan sebutan pendek atau ringkas tidak digalakkan seperti :

Perkataan Ringkas
Sebutan Yang Betul
“Tuanku minta air”
“Kebawah Duli Tuanku titah berkenan hendakkan air”
“Tuanku main golf”
“Kebawah Duli Tuanku telah berangkat minta bermain golf“

CONTOH KEDUA

Adakalanya anda menjawab soalan/titah pertanyaan Tuanku, tetapi anda dengan spontan menjawabnya. Adakalanya jawapan anda itu tidak betul dari bahasa Istana tanpa disedari.

Titah Tanya Tuanku
Jawapan yang Tidak Betul
Jawapan yang Betul
“Awak sudah makan”
“Ampun Tuanku, patik sudah santap Tuanku”.
“Ampun Tuanku, patik sudah ayap Tuanku”.
“Mana pergi bola saya”
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu Tuanku”.
“Ampun Tuanku, patik kurang periksa Tuanku”.

ADAT TERTIB PERTUTURAN BAHASA INGGERIS

Apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris , anda hendaklah sentiasa menggunakan bahasa Beraja (Royal Vocabulary).
Jika boleh cuba elakkan dari menggunakan perkataan Inggeris, melainkan anda fasih menguasai Bahasa Inggeris.
Jika terpaksa juga,anda hendaklah menambah atau menggunakan perkataan :-

  • Bahasa Inggeris Gelaran “His Royal Highness The Sultan of Pahang”  bagi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Her Royal Highness The Tengku Ampuan of Pahangbagi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang. 
  •  
  • Gelaran “His Royal Highness The Crown Prince of Pahang”  bagi  Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang manakala  “His/Her Highness”  bagi gelaran Yang Amat Mulia.
  •  
  •  Bagi perkataan “I” gantikan “patik” walaupun anda menjawab dalam Bahasa Inggeris melainkan anda menggunakan “Royal Vocabulary” sepenuhnya. Contoh:“I beg your pardon, Your Royal Highness” Penggunaan Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu

Contoh:

“Yes Your Royal Highness , patik menjunjung titah Tuanku”.